Wednesday 6 February 2013

Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 - Akta 514 -

  .
STRUKTUR PERUNDANGAN
AKTA
-Tugas & Kewajipan (Duties of Care)
-Organisasi Keselamatan & Kesihatan
-Pegawai JKKP, Notis Pembaikan & Larangan
 TUJUAN AKTA 
- Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan  kebajikan orang-orang yang sedang bekerja.
Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada orang-orang yang sedang bekerja). 
Untuk mengalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan  fisiologi dan psikologi   orang-orang   yang   sedang bekerja. 
Untuk mengadakan suatu sistem perundangan yang berasas kepada peraturan-peraturan dan tata amalan industri disamping peruntukan Akta.
FALSAFAH & PRINSIP AKTA
§Peraturan KendiriatauPengurusan Tempat Kerja Sendiri(Self Regulation)
§Kerjasama Pekerja (Cooperation) dan,
§Perundingan (Consultation)
  
KEWAJIPAN MAJIKAN
Bah. VII : Organisasi Keselamatan dan Kesihatan
JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN - SEKSYEN 30 (1)
Tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja, jika :-
- Terdapat 40 atau lebih orang di tempat kerja
-   Diarah oleh Ketua Pengarah JKKP  
OBJEKTIF PENUBUHAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN
þ Menggalakkan konsep perundingan dan kerjasama bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
þ Menyediakan forum atau saluran komunikasi dua hala untuk menyampaikan teguran, pandangan, maklumat dan maklumbalas mengenai isu-isu keselamatan  dan kesihatan.
þ Memupuk  minat  dan  motivasi  semua  pihak  dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan
FUNGSI-FUNGSI UTAMA JKK 
Membantu di dalam penyediaan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan serta sistem kerja selamat
Menjalankan pemeriksaan
Menjalankan siasatan kemalangan dan aduan
Mengkaji semula polisi keselamatan dan kesihatan di  tempat kerja
Membantu menganjurkan program galakan dan pendidikan
  
KEWAJIPAN AM PEKERJA
24 . (1) Adalah menjadi kewajipan setiap pekerja yang sedang bekerja :-
(a)memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja;
(b)memberi kerjasama samada kepada majikan atau orang lain dalam hal berkaitan  dengan  pematuhan  terhadap OSHA 1994;

(c)Memakai peralatan perlindungan diri yg dibekalkan oleh majikan ; dan
Mematuhi mana-mana arahan keselamatan dan kesihatan seperti yang dikehendaki di bawah OSHA 1994 dan peraturan-peraturan
PERATURAN-PERATURAN DI BAWAH OSHA 94
þEmployers’ Safety and Health General Policy Statements Exception Regulations 1995þ
þControl of Industrial Major Accident Hazards Regulations 1996
þSafety and Health Committee Regulations 1996
þClassification, Packaging and  Labeling of Hazardous Chemical  Regulations 1997
  
Safety and Health Officer Regulations 1997

Safety and Health Officer Order 1997
Use and Standard Exposure of Chemical Hazardous to Health 2000
Notification of Accident, Dangerous Occurrence, Occupational Poisoning and Occupational Disease Regulations 2004
RINGKASAN KESAN OSHA 94 KEPADA ORGANISASI
Integrasi (kesepaduan) OSH di dalam sistem pengurusan organisasitiada lagi pengasingan di antara OSH dan aspek pengurusan yang lain.
OSH akan diuruskan sama seperti lain-lain fungsi pengurusan di dalam organisasi.
IMPAK OSHA 94 KEPADA ORGANISASI
Penurunan kes kemalangan, penyakit dan keracunan di tempat kerja
Pengurangan kadar ponteng
Peningkatan daya pengeluaran dan qualiti
Memperbaiki perhubungan industri (Industrial Relation)
Imej korperat yang lebih baik dan mantap
Kelebihan terhadap pesaing
Data dan maklumat untuk menetapkan piawaian

 

No comments:

Post a Comment