APA YANG
DIKATAKAN TENTANG “SAFETY”
Apa itu Safety... Safety di sini adalah keselamatan. Ramai juga yg
beranggapan keselamatan tu seperti anggota keselamatan, pak guard yang banyak
menjurus kepada security.. Apa yg kita bincangkan disini adalah safety bukan
security... Apa yg mendokong sistem keselamatan (safety) kerja dinegara kita
ini? Dalam erti kata lain keselamatan kita sebagai pekerja di sesuatu
organisasi dilindungi oleh apa? ada akta kah yang diamalkan untuk keselamatan
ni? Berkesankah? tak penah dengar pun keselamatan di tempat kerjat tempat
kerja?….. Keselamatan dan Kesihatan (Safety & Health) Pekerjaan di Malaysia
boleh dikatakan masih terlalu muda walaubagaimana pun dalam peningkatan dari
semasa ke semasa.. adakah saudara semua ingat lagi kejadian letupan kilang
bunga api di Sg. Buloh satu masa dahulu yang mengorbankan ramai pekerjanya?.
Rentetan kejadian tersebut, kerajaan telah merangka satu akta untuk melindungi
pekerja-pekerja dan hasilnya telah diwartakan AKTA 514 (Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerja) pada tahun 1994.
Tujuan Akta ini adalah seperti berikut:
i -
Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja. ii -
Melindungi orang-orang di tempat selain daripada pekerja di tempat tersebut iii
- Menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yg sesuai dengan keperluan
fisiologi dan psikologi pekerja iv - Menyediakan kaedah dimana peraturan
keselamatan dan kesihatan pekerja dapat di ganti secara progesif dengan sistem
peraturan dan kod amalan industri yg beroperasi bersama dengan Akta 514 utk
mengekal @ meningkatkan standard keselamatan dan kesihatan.
Akta 514 ni meliputi keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam sektor
apa? Akta ini meliputi semua sektor pekerjaan di Malaysia kecuali Angkatan
Tentera Malaysia dan kapal yg sedang belayar (dibawah Ordinan Perkapalan 1952
& Ordinan Kapal Perdagangan 1960 Sabah & Sarawak). Jadi semua pekerja
di Malaysia kecuali dua sektor di atas adalah di bawah kawalan Akta tersebut.
Sebenarnya
terlalu banyak untuk dikupaskan tentang akta keselamatan dan kesihatan
pekerjaan ni.. ramai yg tidak berminat, boleh buat mengantuk & memeningkan
kepala. Cukup lah sekadar untuk kita tahu apa hak dan tangungjawap kita sebagai
pekerja mengikut peruntukan Akta tersebut.. Secara ringkasnya akta ini melindungi
pekerja dari ditimpa sesuatu kemalangan, penyakit atau sebarang situasi yg
membawa kemudaratan kepada pekerja.
Sebagai
contoh.:
Pekerja yg
bekerja di dalam persekitaran yg terlalu bising yang boleh memudaratkan
pendengaran pekerja tersebut samada dalam jangka pendek atau panjang perlu
dibekalkan alat perlindungan telinga dan menjadi satu kesalahan jika majikan
tidak menyediakan nya. DAN menjadi satu kesalahan juga kepada pekerja sekiranya
tidak menggunakan alat perlindungan tersebut jika dibekalkan oleh majikan..
Pekerja yg bekerja di dlm pejabat juga terlindung oleh akta ini. Majikan perlu
memastikan sistem pencahayaan, pengudaraan, ruang kerja dan cara kerja pekerja
mereka berada pada tahap yg selesa dan tidak mewujudkan sesuatu yg membolehkan
kejadian @ kemudaratan kepada pekerja mereka.
Contoh:
lampu tak cukup terang boleh menyebabkan sakit mata, tidak selesa dan sebagai
nya. Ruang kerja yg sempit, sistem pengudaraan yg tidak teratur dan macam-macam
lagi. .
- Tahukah
tuan/puan semua di mana jalan keluar dari pejabat anda sekiranya berlaku --
kebakaran atau kecemasan? - Apa yg patut anda buat? - Apa tindakan anda? -
Adakah tempat kerja anda penah melakukan latihan mengosongkan pejabat sekiranya
berlaku kejadian tersebut? - Berapa lama masa yg diambil untuk langkah
tersebut? - Jika pernah, PTJ anda telah melakukan langkah-langkah persediaan,
jika tidak pernah, sekarang lah masa nya anda perlu ambil tahu...
Antara yang
perlu anda tahu: -jalan/arah (emergency exit) mana yg patut digunakan sekiranya
berlaku kebakaran/kecemasan -tindakan sebagai orang pertama melihat kebakaran
-tindakan lain yg perlu dibuat setelah melihat kebakaran -tempat berkumpul -no
tel pejabat bomba/polis/hospital berdekatan
LANGKAH
KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA
- Membentuk satu dasar keselamatan dan kesihatan (safety and health policy) yang bertulis
- Menubuhkan satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan (safety and health committee) yang merangkumi wakil pihak pengurusan dan wakil pekerja
- Melatih pekerja dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (contoh: drill kebakaran (fire drill), mengangkat beban secara manual)
- Menyediakan buku panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk kakitangan
- Menyediakan prosedur kerja selamat (SOP) bagi aktiviti kerja berisiko tinggi (contoh: menyusun fail di atas rak tinggi)
- Memeriksa dan memantau keadaan tempat kerja dengan menggunakan senarai semak (checklist) dari masa ke semasa
- Mengadakan pelan tindakan kecemasan [Emergency Response Plan (ERP)]
- Menubuh dan melatih pasukan tindakan kecemasan [emergency response team (ERT)]
- Mempertingkatkan kekemasan (housekeeping) tempat kerja
- Menyusunatur kelengkapan pejabat dengan baik
- Menyediakan peraturan keselamatan dan kesihatan serta penguatkuasaan (contoh: larangan merokoMenyediakan ruang khas untuk menyimpan bahan berbahaya serta melabelkan setiap bekas bahan
- Menyediakan peralatan kecemasan (alat pemadam api, hose reel, penggera, kotak pertolongan cemas)
- Menganjur kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan
·
Menghantar kakitangan untuk pemeriksaan
kesihatan atau kaunseling
·
Memberikan latihan induksi kepada kakitangan
baru
·
Mendapatkan komitmen sepenuhnya dari majikan dan
pekerja
KESELAMATAN
DAN KESIHATAN DI PEJABAT
Pejabat
mempunyai pelbagai hazard yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit.
Kejadian ini
boleh dicegah dengan mengambil langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang
telah dibincangkan.
Senaraikan
hazard mengikut kategori berikut:
·
Fizikal
·
Kimia
·
Biologi
·
Ergonomik
JENIS HAZARD
FIZIKAL
·
Elektrik
·
Peralatan/mesin
·
Pengalihudaraan
·
Pencahayaan
·
Sinaran
·
Suhu
·
Kebakaran
JENIS HAZARD
KIMIA
·
Gas & wasap
·
Penjanaan gas ozon daripada
·
peralatan fotokopi & pencetak laser
·
Asap rokok
·
Perabut baru
JENIS HAZARD
BIOLOGI
·
Dari sistem pendinginan udara (air-conditioning
system)
·
Bakteria / virus
JENIS HAZARD
ERGONOMIK
·
Tegasan fizikal (physical stress)
·
Tekanan mental (mental stress)
·
Penggunaan peralatan seperti komputer, meja,
kerusi yang tidak sesuai.
·
Mengangkat beban
KEMALANGAN
DAN PENYAKIT
·
Terjatuh dari tempat tinggi (semasa menyusun
atau menurunkan fail dari rak yang tinggi)
·
Terjatuh pada aras yang sama (tergelincir atau
tersangkut pada halangan seperti wayar elektrik atau permaidani rosak di lantai
)
·
Kebakaran (litar pintas, puntung rokok)
·
Tersentuh dengan permukaan panas atau arus
elektrik (wayar terdedah)
·
Terdedah pada bahan kimia (gam, pelarut)
·
Terdedah pada sinaran [ultra ungu (Ultra
Violet), cahaya
·
matahari yang berlebihan dan Unit Paparan Visual
(Video Display Unit)]
·
Masalah biologi [sick building syndrome, virus,
bakteria, binatang/serangga yang merayap (lipas, tikus), tumbuhan perhiasan
yang hidup]
·
Masalah organ deria (senses) [penglihatan
(glare), bau, pendengaran (pekak), getaran]
·
Tersepak barangan di laluan kerja (laci kabinet
yang terbuka, kotak di lantai)
·
Tersentuh benda tajam (pisau, gunting, pemotong
kertas)
KESIMPULAN:
Menjaga
keselamatan di tempat kerja adalah penting bagi membolehkan seseorang itu terus
mencari rezeki bagi menampung keperluan dan perbelanjaan untuk keluarganya.
Seorang
pekerja juga perlulah mengetahui apa yang perlu dilakukan jika berlakunya
tragedi dan juga kemalangan semasa melakukan tugas dan kewajipan masing-masing.
(Rujukan: Pengaturan Sendiri Didalam
Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan - Ismail Bahari,Ph.D UKM)
Sumber: Risalah Unit Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan Universiti Malaysia Perlis,2010
No comments:
Post a Comment